Diploma Wood Industry & Furniture Technology

Assalamualaikum...

Eh! Rajin pulak update blog kan. HAHA
Entry kali ni pasal course masa saya belajar dulu. Starting dengan Diploma Wood Industry lepas tu Degree Furniture Technology. Selalu kalau keluar jumpa kawan-kawan atau pergi interview untuk kerja, mesti akan ada yang bertanya. "Furniture Technology?Wood Industry? Ada ke kos tu?U mana?" Soalan yang pada saya dah biasa sangat dengar. Tambah lagi soalan "Nanti dah habis belajar nak kerja apa?". Ok. Satu-satu ok!

Kos ni sebenarnya takdela rare sangat pada saya. Tapi mungkin yang jarang explore, mungkin tak tahu lah pasal kos ni. Sejujurnya, saya pun terkejut bila dapat offer sambung belajar bidang ni. Agak curious jugakla at first stage. Tapi lama-lama rasa seronok pulak belajar. Bak kata orang. Tak kenal maka tak cinta. Saya pun cuba lah. Finally dapat jugak first class degree... Wooot Wooot....HAHA

Ok.For explanation in details, korang kena pergi rujuk pada yang pakarlah. Buat pengetahuan semua, saya belajar kos-kos ni dekat UiTM tau. Kos ni ada jugak dekat U lain macam UPM, UNIMAS. Tapi saya tak tahu in details lah pasal kos ni kat U lain tu. Kos ni pada saya takdelah susah sangat since saya ada basic in pure science masa SPM dulu. Tapi untuk yang takde basic masih boleh belajar slow and steady. Don't worry ok. Lecturer yang mengajar semua bagus-bagus tau. Tak percaya cubalah!

Antara subject yang ada masa semester 1(kene struggle sikit untuk yang bukan dari pure science)-Fizik, Kimia, Botany, English, Math. Ada lagi yang lain. Tapi tak ingat dah. Dah lama sangat kot. Sekarang pun rasanya dah guna silibus baru. So, cek sendirilah ya. Untuk semester-semester seterusnya kebanyakannya subjek kayu dan perabot sendiri plus ada subjek bisness sikit-sikit macam accounting, management, etc etc etc. Lupa dah subjek apa.

Wood Industry atau dalam bahasa melayu nya Industri Perkayuan in lebih fokus pada industri kayu yang ada di Malaysia. Kita akan belajar banyak pasal jenis-jenis pokok, kayu, produk-produk dari kayu, proses potong kayu ikut cara yang betul dan ada sesi pengenalan dengan mesin-mesin yang ada dekat kilang perkayuan kat UiTM tu lah. Oh ya, yang best nya kos ni akan selalu berjalan-jalan dalam hutan tau. Ada camping. So, siapa yang suka outdoor activity memang sesuai sangatlah ambik kos ni.

Peluang kerja? Korang tau tak, kat Malaysia ni banyak tau company yang berasaskan kayu. So, tak payah risaulah pasal soal kerja. Allah sendiri dah janji. Setiap manusia yang Dia cipta dah ada takdir dan rezeki masing-masing. Cuma kita kenalah usaha untuk dapatkan rezeki tu. Kalau duduk saja tak usaha cari kerja macam mana nak dapat kerja ye idok.

Ok. Full stop. Ni nak bagi gambaran sikit pasal material kayu yang saya buat as FYP. Bacalah kalau larat.HAHA. boleh jadikan rujukan bila nak buat FYP korang.






Kalau ada apa-apa nak tanya boleh drop comment or email saya. Takpon, kalau nak lebih details, boleh tanya pihak UiTM sendiri. Baibai~

Comments

  1. Salam akak,kalau degree furniture technology belaja pasal apa?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam. Mostly belajar psl pembuatan furniture dan wood based material. Material ni bukan setakat solid wood. Tp adr lg engineered wood product yg lain

      Delete
  2. Aslm kak , kalau amik diploma industri kayu ni nak amik degree sains ( Fizik ) bole tak . Bole listkan senarai degree yg bole diamik oleh lepasan diploma industri perkayuan .

    ReplyDelete
  3. Waalaikumsalam. Boleh dik. Xde masalah. Tp kene jaga pointer. Inshaallah. Ade rezeki boleh dpt. Tak salah mencube kan😉

    ReplyDelete
  4. Salam kak, nak Tanya apa beza diploma industri perkayuan dengan teknologi perkayuan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam. Basically same. Tapi kene tgk which university u refer. Overall dont have so much different.

      Delete
  5. Hai kak , nak tnyaa , lepas 6 thun ni kak dpt kerja kat mana ? Senang tak cari peluang kerja sama dgn bidang akk ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Still working at the same company since 8years back. Senang atau tak, actually depend on rezeki kite jgk dik. Utk perkayuan ni actually banyak jugak pelung kerja. First thing kite kene tau ape yg kite nak and fokus on that. Try to get what u want and wish according to ur interest. Kene rajin search info

      Delete
    2. Awk dpt continue study in wood industry ke? Why dont u try first. U always can change the course for ur degree if awk rase wood industry ni tak ok. Juz take whatever course first if u think it is worth it to go to. No worries ya

      Delete

Post a Comment