Lama rasanya tak
hapdate blog. Almaklumlah. Sesuai dengan
title post ni kan. So, bila bercuti lama, blog pon bercutilah. Cuti yang terlalu lama.17 hari tuuuu... Korang hade??? haha. Sampai
my hubby kata "Abang tak pernah lagi jumpa
company yang lama sgt cuti sampai lebih setangah bulan" haha...nampak tak lamenya cuti tu...Yang paling penting nak di
highlight kan kat sini, cuti tu berbayar tau.haha... Oh ye, Sebenarnye cuti tu dah lama habis.
Means, sekarang sudah mula bekerja kembalilah.
Mood jangan katalah...Siapa pulakkan yang bersemangat untuk bekerja setelah bercuti lama...hahaha... Dah
start keje tapi
still jugak tak sempat nak
update apa-apa. Ini adalah disebabkan kerja yang menggunung tinggi a.k.a terlalu banyak selepas habis bercuti yang gila lamanya itu. Ecececeh. Memang tak sempat nak buat kerja lain.
Plus kene buat
preparation for my twin's wedding yang bakal berlansung tak lama lagi. Lagilah bertambah-tambah tak sempat. B
usy ala-ala Datuk Datin gitu....lalalalala...
Over Sekejap!
Ok...Ok... sekarang masa untuk bercerita apa yang dibuat dalam masa bercuti. Apa ek ape ek??? Salah satu dan semestinya jaga anak-anaklah kan. Takkan dah cuti nak suruh org lain jg anak kot...kikiki. Selain dari tu, banyak jugaklah kerja lain yang dibuatnya. Bermula dengan ber
jogging.
Jogging???? Yela...Nak
support husband I punya azam untuk tahun ni... Nak mengamalkan hidup sihat katanya...Padahal nak kuruskan badan...hihihi...Takpelah...Yang penting
I support apa yang dia nak buat. Caranya adalah dengan ber
jogging bersama. Bila tahu kena join
jogging sekali,
first thing yang
i fikir, kasut
sport... eh eh...Mana aku punya kasut
sport ni??? Memang takdalah kan. Dah lame tak buat
outdoor sport. Last masa zaman-zaman belajar dulu. haha.
But actually i memang malas pon nak bersukan sebelum ni.
So, bila dah tahu takde tu, i pon terus beli kasut
sport baru. Belikan sekali untuk my
lil son Ahmad hafiy.
He is so Excited bila nak beli kasut baru untuk dia. haha. Teruja anak i. Ok, bila semua preparation dah
ready, it's time for jogging.So, sesudah subuh esoknya.....eh, tipu je...Pagi esok jam 7.20 pagi, i dgn husband i mulalah pergi
jogging. First time kot. Memang semput lah kan...hahaha...takpe takpee...
Stay Steady... Gagahkan jugak. Ini baru permulaan...Ececeh..
 |
Ni kasut yang i beli. Tak mahal tak murah. Sangat selesa. Bought at Jalan Taipig. hehe |
Jogging waktu pagi... Petang pulak teman husband i berkebun. Nampak tak rajinnya tu...haha. Sebenarnya husband
i yang nak sangat berkebun. Yelakan...Harga kangkung je yang turun...So, kenelah berjimat cermat. Salah satu caranya bercucuk tanam...Inflasi kan.lalalala... Yang tak boleh tahan nya....
My husband siap bercucuk tanam pakai kain pelekat tu...
But, so far, Alhamdulilah i dapat husband yang memang
super duper rajin. Untung i tau...hehehe...
Love u Sayang!
 |
Pokok ubi keladi yang telah ditanam lebih kurang sebulan. Belum ada hasilnya. diharap bersabar ye. |
 |
Bercucuk tanam selepas berjogging. Husband yang super duper rajin. Love u! |
 |
waktu petang berkebun dengan kain pelikat pon boleh...lalalala... |
Wedding preparation pon salah satu i punya kerja jugak masa cuti. utk yang ni, secara detail nya i akan cerita kat
next postla ye. banyak kerja lain nak dibuat sekarang ni. Almaklumlah, curik masa kerja kejap. Jangan bagitau bos i tau... T________T. hehe. Nak update kat rumah, memang takde masa lah. Nak layan anak-anak lagi. Lagi banyak kerja nya oi......oklah.Ada kerja nak buat. baibai~
Comments
Post a Comment